Minggu ini, Epic Games menawarkan satu permainan sahaja untuk tawaran permainan percuma mingguan mereka di Epic Games Store. Permainan tersebut adalah For the King yang boleh ditebus sehingga 30 April ini.
For the King adalah permainan RPG yang dibangunkan oleh Ironoak Games dan diterbitkan oleh Curve Digital untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia menyertakan pengembaraan di peta yang dicipta secara rawak memberi pengalaman berbeza untuk setiap pemain. Boleh dimainkan secara solo ataupun multi-pemain.
Seperti yang kami nyatakan di atas, tawaran ini adalah sehingga 30 April sahaja, selepas itu Epic Games menggantikan dengan dua permainan iaitu Amnesia: The Dark Descent dan Crashlands.