Skip to main content

CyGames dan Arc System Works hari ini mengumumkan yang permainan perlawanan mereka Granblue Fantasy: Versus yang dikeluarkan untuk PlayStation 4 serta PC pada Februari lepas telah terjual sebanyak 350 ribu unit setakat ini.

Pengumuman tersebut dilakukan melalui akaun Twitter rasmi permainan tersebut.

Lima watak DLC yang diumumkan untuk pas watak pertama sudah dikeluarkan di mana yang terakhir iaitu Zoey akan tiba pada 28 April ini. Di pengumuman yang sama, pas watak kedua akan tidak lama lagi, di mana watak pertama adalah Belial.

Granblue Fantasy: Versus sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC.

Leave a Reply