Sebelum ini ura-ura telah dilaporkan di mana 2K dan WWE tidak akan mengeluarkan permainan baharu untuk siri WWE 2K bagi tahun ini. Ia adalah selepas WWE 2K20 tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan kerana mempunyai pelbagai masalah teknikal.
Melalui perbincangan bersama dengan pelabur, Ketua Pegawai Kewangan WWE Frank Riddick telah mengesahkan yang tiada permainan WWE 2K akan dikeluarkan pada tahun ini.
Buat masa ini, 2K tidak mengeluarkan sebarang pengesahan ataupun kenyataan mengenainya. Namun, dengan pengumuman hadir daripada WWE sendiri, ia boleh dikatakan sudah sah.
Kami menjangkakan, keputusan ini dibuat untuk memberi masa kepada Visual Concepts iaitu pembangun baharu untuk siri WWE 2K selepas mengambil alih daripada Yuke’s, dan mungkin juga untuk mereka memfokuskan konsol generasi baharu yang akan tiba kelak.