The Mandalorian adalah siri TV sampingan Star Wars eksklusif untuk siaran di Disney+. Siri ini sudah pun tamat untuk musim pertama dan akan musim seterusnya hanya akan bermula pada hujung tahun ini.

Terkini, Disney telah hadir dengan satu siri eksklusif lain berkaitan dengan The Mandalorian. Ia adalah siri di sebalik tabir rakaman The Mandalorian. Dalam siri ini, ia akan merungkai rahsia di sebalik kreativiti dalam penghasilan The Mandalorian. Jon Favreau, Pedro Pascal, Gina Carano, Carl Weathers, para penerbit eksekutif Dave Filoni dan para pengarah Taika Waititi, Bryce Dallas Howard, Deborah Chow, dan Rick Famuyiwa akan membuat perbincangan dan juga menceritakan pengalaman mereka mengenai siri TV Star Wars ini.

Siri ini akan disiarkan di Disney+ pada 4 Mei 2020, iaitu hari Star Wars (May The Force Be With You, a.k.a May The 4th). Buat masa ini, masih tidak pasti lagi bila Disney+ akan tiba di Malaysia. Tetapi bagi yang berminat, anda boleh cuba nasib menonton melalui VPN.

Sohor Kini