Setelah memiliki studio pembangun Handy Games beberapa tahun lepas, kini THQ Nordic dan Handy Games mengumumkan yang mana mereka melancarkan permainan Rebel Cops di platform peranti telefon pintar.
Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol dan PC yang mana ianya adalah berdasarkan dunia yang sama dengan permainan This Is The Police.
Melalui Rebel Cops, ianya adalah satu permainan pertempuran taktikal secara turutan yang mana pemain perlu merancang pergerakan watak-watak pemain dengan pelbagai cara, mengikut misi yang tersedia.
Permainan ini juga menyertakan beberapa misi dengan kandungan melebihi 15 jam jumlah pemain, yang mana pemain juga boleh memilih cabang penceritaan berdasarkan pilihan pemain.
Bagi anda yang berminat, ianya boleh dibeli melalui Google Play Store dengan harga RM31.99. Manakala di App Store pula ianya dijual dengan harga RM29.90.
[download] Beli iOS: Rebel Cops [/download] [download] Beli Android: Rebel Cops [/download]