Skip to main content

Kalypso Media hari ini mengumumkan DLC seterusnya buat permainn Tropico 6 kini dilancarkan iaitu DLC khas berdasarkan sosial media Twitter, Spitter.

Melalui DLC ini, pemain berupaya untuk berinteraksi dengan dunia permainan Tropic seakan juru hebah profesional ataupun selebriti Internet untuk tingkatkan populariti pemain secara atas-talian.

Selain itu, penambahan ini juga menyertakan beberapa kandungan tambahan lain seperti bangunan baharu dan juga sifat baharu buat El Prez iaitu narsisistik bersama dengan 5 lagi pengubah-suaian istana tambahan.

Selain itu, bersempena dengan ulang tahun ke-19 buat siri Tropico pada hari ini, Kalypso Media juga umum tawaran diskaun khas buat siri tersebut yang mana anda boleh akses di kedai atas-talian Kalypso Media.

Bagi anda yang berminat, penambahan ini juga boleh dibeli melalui Steam yang mana juga ianya ditawarkan sebanyak 15% diskaun sempena pelancarannya.

Tropico 6 sudah dikeluarkan untuk PC, Xbox One dan PlayStation 4.

Leave a Reply