The Pokémon Company hari ini mengumumkan satu lagi siri animasi Pokémon baharu akan tiba Jun ini iaitu Pokémon Journeys, di mana ianya merupakan siri animasi yang ke-23 buat francais tersebut.

Kali ini, Ash dan Pikachu sekali lagi akan mengembara di rantau baharu dunia Pokémon di mana mereka kelihatan akan membantu Profesor Cerise untuk menyelidik Pokémon bersama rakan baharu, Goh. Menariknya juga, siri animasi ini juga mungkin akan mengambil beberapa elemen daripada permainan Pokémon Sword dan Shield memandangkan ia memaparkan beberapa bentuk evolusi Dynamax, iaitu evolusi Pokémon seterusnya dari permainan tersebut.

Menurut kenyataan The Pokémon Company, siri ini akan tiba di Netflix pada 12 Jun 2020 ini bermula dengan 12 episod dahulu. Namun, kami tidak pasti sama ada ianya akan dilancarkan buat tayangan Malaysia ataupun tidak.

Seperti biasa kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan. Sementara itu, anda boleh tonton video acah rasmi animasi baharu Pokémon Journesy di bawah.

Sohor Kini