Bulan lepas, Perfect World Entertainmetn dan Echtra Games memperlihatkan watak kelas Sharpshooter untuk permainan akan datang mereka iaitu Torchlight III di mana ia adalah kelas watak baharu buat permainan tersebut.
Terkini, tampaknya pembangun juga tidak terhenti setakat itu sahaja di mana hari ini mereka mengumumkan pemain juga berupaya untuk membina kubu pangkalan sendiri melalui permainan tersebut.
Menurut pembangun, fungsi pembinaan kubu ini akan memberi kebebsan buat pemain untuk menghasilkan pangkalan mereka sendiri dan juga pada masa yang sama menghiasnya dengan pelbagai perhiasan. Selain itu, kubu tersebut juga boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan dan kelengkapan buat pemain di mana ianya juga boleh digunakan untuk menghiaskan kubu tersebut.
Menariknya, Echtra Games juga menyatakan kubu tersebut boleh dilawati oleh pemain lain dan pemain juga boleh dapatkan pelbagai barangan-barangan tambahan dengan melakukan misi atau meneruskan penceritaan permainan untuk mendapatkan barangan tersebut.
Antara fungsi yang menarik minat saya sendiri juga adalah kubu tersebut akan dikongsikan antara watak-watak pemain yang lain. Ini bermakna jika pemain mengambil keputusan untuk menghasilkan watak kelas lain di dalam akaun yang sama, pemain tidak perlu bermula dari awal untuk pembinaan kubu, sekaligus terus berkongsi antara watak-watak lain secara terus.
Torchlight III merupakan permainan pengembaraan dengan pandangan isometrik di mana sebelum ianya diumumkan sebagai permainan Torchlight Frontiers, sebelum Echtra Games mengambil keputusan untuk mengubahnya terus sebagai sekuel buat siri permainan tersebut.
Menurut Echtra, permainan tersebut akan tiba di PC dahulu melalui Steam menjelang suku ketiga tahun ini dan diikuti versi konsol kelak.