Seperti dijanjikan oleh SEGA dan Microsoft sebelum ini, minggu ini permainan Yakuza: Kiwami akhirnya dilancarkan secara rasmi di konsol Xbox One dan juga di PC melalui Microsoft Store.

Juga bersempena dengan pengumuamn ini, permainan tersebut juga turut tiba di langganan Xbox Game Pass di konsol dan PC selepas pelancaran Yakuza Zero buat langganan tersebut beberapa bulan lepas. Dengan pelancaran ini, kita mungkin juga akan mendapat permainan Yakuza: Kiwami 2 kelak dalam masa terdekat ini yang mana Microsoft menjanjikan tiga siri permainan Yakuza tersebut akan tiba di langganan Xbox Game Pass.

Yakuza 0, Yakuza Kiwami dan Yakuza Kiwami 2 sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Steam dan PlayStation 4 di mana Yakuza Kiwami merupakan permainan olahan semula daripada permainan asal yang dilancarkan di PlayStation 2 beberapa tahun lepas.

Melalui permainan ini, pemain akan bermain sebagai Kazuma Kiryu di bandaraya Kamurocho, Jepun dan mengembara dengan menyelesaikan pelbagai masalah-masalah Yakuza, disamping menikmati pelbagai suasana bandaraya Jepun dan sebagainya.

Sohor Kini