Square-Enix hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara kolaborasi khas buat permua War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius bersama siri Final Fantasy Tactics bermula hari ini sehingga 12 Mei 2020 ini.

Seperti anda sedia maklum, permua War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius baru sahaja dilancarkan bulan lepas secara rasmi, di mana ianya adalah berdasarkan siri Final Fantasy Brave Exvius namun dengan bentuk pertempuran strategi secara turutan.

Melalui acara kolaborasi ini, pemain berpeluang untuk sertai beberapa acara masa terhad, misi dan juga menerima ganjaran menarik seperti watak Ramza, Gaffgarion dan Orlandeau. Selain itu, pemain juga boleh melakukan misi-misi baharu yang tersedia untuk tingkatkan lagi peluang untuk dapatkan watak tersebut termasuklah kedai dalam permainan khas yang mempunyai pek istimewa yang menyertakan watak Ramza dan sebagainya.

Pada masa yang sama, Square-Enix juga umum permua tersebut telah mencapai jumlah muat-turun sehingga 3 juta muat-turun di kedua-dua peranti.

War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius telah pun dilancarkan secara percuma di iOS dan Android dan bagi anda yang berminat untuk muat-turun permua tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.

Muat-Turun iOS: War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius

Muat-Turun Android: War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius

Sohor Kini