Menurut Facebook Rasmi Book Of Records Malaysia, pemain PUBG Mobile dari pasukan Team Secret iaitu BiuBiu atau nama penuh beliau Jiunn Jie Kow, diumumkan mencatat rekod di Malaysia Book Of Records dengan jumlah tontonan video esukan tertinggi di Youtube.

Bersempena dengan pengumuman ini, Malaysia Book Of Records juga mengucapkan tahniah buat BiuBiu dan masa yang sama mereka juga ingin mengiktirafkan pencapaian pemain profesional esukan di Malaysia.

Pasukan Tema Secret Malaysia semestinya adalah satu pasukan yang tidak asing sekali untuk arena PUBG Mobile yang mana mereka juga sebelum ini merupakan juara untuk PMPL di mana mereka akan mewakili negara untuk peringkat dunia dan Asia Tenggara kelak.

Bagi anda yang tidak mengikuti beliau, BiuBiu mempunyai saluran Youtube tersendiri yang mempunyai jumlah pelanggan sebanyak 770,000 dan salah satu video beliau berkenaan tetapan dan kawalan “Four Fingers Claw Control” memperoleh tontonan melebihi 7 juta. Bagi anda yang ingin menonton video tersebut, anda boleh menontonnya di bawah.

Kami di Aksiz juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat BiuBiu dan selamat maju jaya untuk seluruh pasukan ke peringkat kejohanan PUBG Mobile seterusnya.

Sohor Kini