Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020 ini, bagi anda yang tidak ingin membuang masa dan ingin membantu masyarakat melalui derma amal, anda mungkin berminat untuk sertai penstriman amal khas oleh Predator yang akan berlangsung esok.
Acer Malaysia minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara penstriman amal khas “Predator Charity Challenge” akan di adakan secara langsung bermula esok sehingga 26 April 2020 di Facebook rasmi Predator Gaming pada jam 9 malam hingga 12 tengah malam.
Penstriman tersebut akan menyertakan penstrim terkenal seperti Master Ramen, CHiko dan Daddyhood di mana mereka akan bermain PUBG dan pada masa yang sama menderma berdasarkan prestasi permainan mereka. Antara jumlah derma adalah RM20 untuk setiap kali mereka memperoleh markah dan juga RM500 jika mereka berjaya mendapat “Chicken Dinner”.
Selain itu, Acer Malaysia juga mengumumkan yang mana penonton juga boleh membantu dengan menonton penstriman tersebut di mana setiap 1 tontonan, Acer akan mendermakan RM1 dan setiap hari jumlah maksimum untuk tontonan adalah sehingga RM2,000, sekaligus jumlah derma adalah sehingga RM15,000 melalui Pit Stop Community Cafe.
Pada masa yang sama juga, Acer Malaysia juga umum pelbagai produk Predator juga akan ditawarkan diskaun sehingga 20% di kedai atas-talian rasmi Acer dan Lazada bersempena dengan acara penstriman amal ini.
Jadi bagi anda yang berminat untuk membantu sesama masyarakat Malaysia dengan menderma dan menonton sesi penstriman permainan video PUBG, anda boleh ke Facebook Predator Gaming bermula malam esok.