Selepas tertiris permainan mudah-alih Crash Bandicoot sebelum ini, Activision dan King tampaknya terus melancarkan permua tersebut buat pasaran Malaysia yang mana ianya kini boleh dimuat-turun buat peranti Android.

Buat masa ini, kelihatan permua tersebut tidak dilancarkan secara rasmi lagi memandangkan versi iOS masih belum boleh dimuat-turun. Namun bagi anda yang memiliki peranti Android, anda boleh terus muat-turun dan bermainnya.

Crash Bandicoot Mobile merupakan permainan sampingan berdasarkan siri Crash Bandicoot yang mana ianya kelihatan memfokuskan bentuk permainan larian tanpa henti ataupun “Endless Runner” secara berperingkat di mana anda perlu mengelak daripada halangan musuh dan pada masa yang sama mengumpul buah Wumpa.

Menariknya juga, kelihatan permua ini juga menyertakan beberapa bentuk pertempuran bersama ketua musuh yang mana sekaligus pasti memberi bentuk permainan yang lebih unik.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan mudah-alih ini secara percuma melalui Google Play Store di bawah.

Muat-Turun Android: Crash Bandicoot Mobile

Sohor Kini