Skip to main content

Polyphony Digital hari ini mengumumkan kemaskini untuk permainan simulasi perlumbaan kereta mereka iaitu Gran Turismo Sport. Kemaskini 1.57 ini akan menyertakan satu kereta baharu iaitu Toyota GR Supra RZ(N300).

Ia adalah generasi terbaru untuk Supra selepas pengeluaran untuk kereta model ini dihentikan pada tahun 2002. Kemaskini ini akan mula boleh dimuat turun untuk pemilik GT Sport pada hari ini.

GT Sport telah dilancarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4.

Leave a Reply