Skip to main content

Seorang pengguna Reddit hari ini, telah menjumpai pendaftaran tanda dagang oleh Microsoft untuk satu logo yang tertulis Series X. Walaupun logo tersebut langsung tidak menyertakan perkataan Xbox, tetapi dijangkakan ia adalah logo untuk variasi Xbox Series X.

Seperti yang diperlihatkan melalui rekaan Xbox Series X, ia masih menggunakan logo tersedia untuk Xbox, jadi logo ini mungkin adalah khusus untuk series X, Microsoft dilaporkan akan hadir dengan pelbagai siri lain untuk konsol generasi baharu mereka.

Kita sudah menghampiri bulan Jun, iaitu sepatutnya acara E3 dilangsungkan, dan Microsoft sebelum ini telah merancang untuk melakukan acara besar-besaran. Dengan pembatalan E3, Microsoft dilaporkan mungkin akan melakukan pengumuman lanjut mengenai Xbox Series X seawal bulan depan.

Leave a Reply