Goofy dan Pluto adalah watak yang menarik dalam dunia Disney. Mereka berdua adalah sahabat kepada Mickey Mouse dan ramai lagi. Goofy itu sendiri adalah watak berdasarkan anjing, manakala Pluto pula adalah anjing peliharaan Goofy dan rakan-rakan lain? Ya, agak pelik. Tetapi itulah watak yang menghiburkan saya sendiri ketika zaman kanak-kanak.

Suara Goofy dan Pluto dilakonkan oleh Bill Farmer. Selama lebih 30 tahun, Bill adalah satu-satunya pelakon suara bagi dua watak ini. Terkini, beliau akan menjadi pencerita bagi sebuah siri dokumentari “Its’s A Dog Life”. Siri ini akan memperlihatkan aning-anjing yang bekerja, bagi memudahkan tugasan harian manusia. Jadi, Bill akan bertemu dengan pelbagai anjing ini – kerana anjing adalah watak kegemaran beliau.

Siri ini akan disiarkan di Disney+ pada 15 Mei kelak. Baru-baru ini juga, iaitu 7 April lalu – filem A Goofy Movie menyambut ulang tahun ke-25. Ia adalah filem sampingan watak Goofy dan anak beliau Max yang memfokuskan hubungan bapa dan anak.

Sohor Kini