Kemaskini: Bandai Namco Asia hari ini mengesahkan yang mana versi PlayStation 4 buat permainan Doraemon: Story Of Season akan tiba pada tarikh yang sama buat pasaran Malaysia, iaitu 30 Julai 2020 ini.

Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan beberapa kandungan bonus hari pertama yang akan dilancarkan bersama yang anda boleh rujuk di imej di bawah.

Melaluinya, ia akan sertakan beberapa set barangan khas bilik Nobita dari siri Doraemon dan beberapa biji benih tambahan buat buah-buahan terpilih.

Artikel Asal: Tahun lepas, Bandai Namco melancarkan permainan Doraemon: Story Of Seasons di konsol Switch dan PC melalui Steam, yang mana ianya adalah permainan simulasi berkebun seakan siri Harvest Moon, namun memfokuskan watak dari siri anime terkenal, Doraemon.

Terkini, tampaknya melalui laporan Gematsu berdasarkan majalah Famitsu, permainan tersebut akan tiba di konsol PlayStation 4.

Berdasarkan laporan, Doraemon: Story Of Season akan dilancarkan pada 30 Julai 2020 ini di konsol PlayStation 4 buat pasaran Jepun. Akan tetapi, dari segi pasaran global, ianya masih belum diumumkan tarikh pelancarannya. Namun kami percaya memandangkan versi PC dan Switch menerima pelancaran global beberapa bulan selepas pelancarannya di Jepun, kami percaya ianya juga akan tiba secara global kelak.

Selain itu, laporan tersebut juga berkongsi beberapa kenyataan daripada penerbit permainan tersebut iaitu Kenji Nakajima yang mana mereka berminat untuk menyertakan pelbagai lagi kandungan tambahan buat permainan tersebut.

Semestinya ini adalah satu berita yang menarik buat mereka yang berminat akan permainan ini di mana kami boleh katakan adalah satu permainan yang mempunyai visual yang sangat comel dengan bentuk permainan berkebun seakan Harvest Moon bersama gajet Doraemon.

Sohor Kini