Minggu ini, That Game COmpany mengumumkan yang mana mereka melancarkan kandungan baharu buat permainan mudah-alih Sky: Children Of Light iaitu Season Of Enchantment.
Menurut pembangun, kandungan ini dilancarkan secara rasmi di platform iOS dan juga Android yang mana ianya baru sahaja dilancarkan awal bulan ini.
Melalui kandungan Season of Enchantment, pemain akan dibawa ke lokasi baharu, yang mana ianya memperlihatkan kapal yang ditinggalkan di kawasan Golden Wasteland. Melaluinya, pemain juga boleh melakukan pelbagai misi baharu dan seperti biasa, ianya akan menyertakan pelbagai ganjaran seperti gaya rambut, topeng dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, kandungan Season Of Enchantment boleh di akses secara percuma buat semua pemain. Namun, That Game Company juga menyertakan pas pengembaraan khas dengan harga bermula RM39.90 yang pemain boleh beli untuk dapatkan pelbagai lagi ganjaran tambahan, bersama dengan lilin percuma setiap hari.
Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini secara percuma di iOS dan Android.
[download]Play Store: Sky: Children of the Light[/download] [download]App Store: Sky: Children of the Light[/download]