Sebelum ini, Beam Team Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Stranded Deep di konsol bersama Telltale Games, namun ianya terpaksa ditundakan atas sebab penutupan studio Telltale Games tersebut.

Terkini, setelah beberapa tahun sejak pengumuman tersebut, Beam Team Games akhirnya melancarkan secara rasmi permainan Stranded Deep ini di konsol PlayStation 4 dan Xbox One bermula hari ini.

Stranded Deep merupakan permainan pertahanan hidup dunia terbuka yang mana ia memfokuskan pemain untuk meneruskan hidup setelah kapal terbang terhempas. Melaluinya, pemain perlu membina alatan seperti kapak, senjata dan tempat berlindung daripada ancaman semulajadi.

Selain itu, permainan ini juga memfokuskan pemain untuk menjaga tahap kelaparan pemain termasuklah kesihatan dari segi kepanasan, racun dan sebagainya.

Stranded Deep sebelum ini telah pun dilancarkan di PC sebagai permainan akses awal melalui Steam yang mana ianya dijual dengan harga hanya RM31 sahaja.

Bagi anda yang berminat versi konsol, anda boleh dapatkannya bermula hari ini di platform pilihan anda. Namun, bagi PlayStation 4, ianya masih belum tersenarai di kedai atas talian PSN Store bagi pasaran Malaysia.

Sohor Kini