Pokémon: Twilight Wings merupakan siri animasi berdasarkan rantau Galar iaitu rantau rasmi buat permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield. Nintendo sebelum ini mengesahkan siri ini akan mempunyai 7 jumlah episod dan setiap satunya dilancarkan setiap bulan.

Setelah melancarkan tiga episod sebelum ini, kali ini episod keempat akhirnya tiba secara rasmi yang mana kali ini ia memfokuskan watak Nessa dan Rose.

Semestinya dengan siri animasi ini, permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield dikembangkan lagi penceritaannya yang mana peminat siri tersebut pasti akan menghargainya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menonton animasi tersebut di bawah. Bagi episod-episod sebelum ini, anda boleh ke pautan ini.

Sohor Kini