Variety hari ini melaporkan yang Sony Pictures bakal memnerbitkan filem aski nyata untuk siri anime dan manga One Punch Man. Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner bakal menjadi penulis untuk filem tersebut. Mereka sebelum ini bersama menulis untuk filem Venom.

Ia akan diterbitkan oleh Avi Arad dan Ari Arad daripada Arad Productions, syarikat produksi yang sering menerbitkan filem-filem Sony Pictures.

Oleh kerana ia masih di peringkat awal, buat masa ini premis penceritaan masih tidak diketahui, termasuk juga tarikh ia akan memulakan pengembaraan serta akan dikeluarkan.

Sohor Kini