Annapurna Interactive hari ini mengumumkan permainan terbaru oleh Sam Barlow iaitu Telling Lies untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch akan dikeluarkan pada 28 April 2020.
Video pengumuman anda boleh tonton di bawah.
Seperti permainan Sam Barlow sebelum ini, iaitu Her Story, melalui permainan ini, pemain dapat melihat rakaman video berdasarkan kata kunci. Melaluinya, pemain akan mula mengetahui penceritaan untuk permainan ini.
Telling Lies sebelum ini sudah pun dikeluarkan untuk PC dan iOS pada tahun lepas.