Januari lepas, Devespresso Games melancarkan permainan seram The Coma 2: Vicious Sisters di PC melalui Steam dan kini, versi konsol buat permainan tersebut akhirnya diumumkan di mana ia bakal tiba bulan hadapan, iaitu Mei 2020. Namun dari segi tarikh rasmi Headup Games masih belum mengumumkannya.

Seperti yang dijanjikankan, The Coma 2: Vicious Sisters akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Switch yang mana pada masa yang sama, versi konsol juga akan disertakan bersama pelbagai sokongan bahasa asing termasuklah bahasa China, Thailand dan Sepanyol.

The Coma merupakan siri permainan pengembaraan seram yang memfokuskan remaja di sekolah di mana mereka perlu bertahan hidup daripada diserang ataupun ditangkap oleh pembunuh Dark Song bermisteri yang akan mengejar mereka. Melalui sekuel permainan ini, Devespresso Games menyatakan bahawa mereka menyertakan pelbagai bentuk baharu termasuklah kecerdasan buatan baharu buat watak Dark Song dan juga lokasi baharu.

Bagi anda yang berminat dengan permainan bergenre seram, semestinya permainan ini adalah satu permainan yang anda perlu mainkan. Kami di Aksiz akan mengemaskini tarikh rasmi pelancarannya setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini