Selepas kejayaan kejohanan eRacing Grand Prix (eRGP) SEA edisi global yang diumumkan sebelum ini, Axle Motorsport minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan mengembangkan lagi kejohanan perlumbaan tersebut bersama Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) untuk kejohanan seterusnya iaitu kejohanan eRacing Grand Prix SEA Edisi Causeway.

Menurut Axle Motorsport, kejohanan ini sekali lagi akan memfokus permainan RaceRoom yang mana ianya akan bermula 26 April ini sehingga 17 Mei 2020 kelak pada setiap hari Ahad, jam 2 petang di mana perlumbaan tersebut akan diulaskan oleh Dex Corkhill dan Alex Yoong.

Dengan kerjasama MAM, kejohanan ini juga merupakan langkah seterusnya buat Axle Motorsports untuk mengembangkan lagi sukan permotoran yang mana menurut Alex Yoong, mereka menerima ratusan pendaftaran setiap minggu buat kejohanan tersebut dan beliau sendiri tidak sabar untuk bekerjasama bersama MAM dan juga sukan permotoran di Singapura.

Selain itu, mereka juga mengumumkan pelumba terbaik yang berumur 18 tahun ke bawah juga berpeluang untuk terlibat dengan sesi ujian perlumbaan bersama Stratos Motorsport.

Semestinya kejohanan edisi global buat eRGP SEA buat pusingan kelima dan keenam akan diteruskan hujung minggu ini dan pada masa yang sama Axle Motorsport juga kana menganjurkan edisi Filipina kelak bermula minggu hadapan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Facebook eRGP Sea ataupun laman rasmi mereka.

Sohor Kini