Liga bola sepak Premier League masih lagi terhenti buat sementara waktu kerana pandemik Covid-19, bagi mengisi kekosongan tersebut dan juga menyumbangkan dana kepada National Health Service (NHS) di UK, Premier League telah mengajurkan kejohanan FIFA 20 iaitu ePremier League Invitational.
Ia akan memperlihatkan kesemua 20 pasukan Premier League yang diwakili oleh seorang pemain (termasuk juga pemain bola sepak mereka sendiri) bertanding secara kalah mati sehingga peringkat akhir.
Kejohanan ini akan berlangsung selama 5 hari dan akan disiarkan secara langsung di Astro melalui saluran 812/832 ataupun melalui laman rasmi liga Premier League. Berikut adalah senarai perlawanan dan tarikh serta masa.
21 April (bermula 7 malam)
- 1A: John McGinn (Aston Villa) lwn Neal Maupay (BHA)
- 1B: Josh Franceschi (ARS) lwn Nathaniel Chalobah (WAT)
- 1C: Dwight McNeil (BUR) lwn Ryan Fredericks (WHU)
- 1D: Philip Billing (BOU) lwn Angus Gunn (SOU)
22 April (bermula 7 malam)
- 2A: Raheem Sterling (MCI) lwn Wilfried Zaha (CRY)
- 2B: Tom Grennan (MUN) lwn Trent Alexander-Arnold (LIV)
- 2C: Reece James (CHE) lwn Andre Gomes (EVE)
- 2D: Moussa Sissoko (TOT) lwn Christian Atsu (NEW)
23 April (bermula 7 malam)
- 2E: Diogo Jota (WOL) lwn Wilfred Ndidi (LEI)
- 2F: Todd Cantwell (NOR) lwn Lys Mousset (SHU)
- 2G: Pemenang 1A lwn Pemenang 1D
- 2H: Pemenang 1B lwn Pemenang 1C
24 April (bermula 7 malam)
- SA1: Pemenang 2B lwn Pemenang 2D
- SA2: Pemenang 2A lwn Pemenang 2C
- SA3: Pemenang 2E lwn Pemenang 2F
- SA4: Pemenang 2G lwn Pemenang 2H
25 April (bermula 10 malam)
- SP1: Pemenang SA1 lwn Pemenang SA2
- SP2: Pemenang SA3 lwn Pemenang SA4
- Akhir: Pemenang SP1 lwn Pemenang SP2
Hadiah wang tunai untuk kejohanan ini, sepenuhnya akan diberikan kepada NHS. Jangan lepaskan peluang untuk menyokong pasukan kegemaran anda.