Informasi Permainan Video Terkini
Hatsune Miku: Project Diva Mega Mix Tiba Secara Global Pada Mei Ini – Eksklusif Untuk Switch

Hatsune Miku: Project Diva Mega Mix Tiba Secara Global Pada Mei Ini – Eksklusif Untuk Switch

Diterbitkan pada Apr 21, 2020 oleh .

Hatsune Miku: Project Diva Mega Mix merupakan kompilasi bagi siri permainan irama Hatsune Miku: Project Diva yang menyertakan lebih daripada 100 lagu. Ia sudah dikeluarkan secara eksklusif untuk Switch pada bulan Februari lepas di Jepun.

Sega hari ini mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan secara global pada 15 Mei 2020. Ia ditawarkan dengan harga $39.39(~RM172), harga yang mengambil judul permainan ini di Jepun iaitu Mega39 iaitu “pun” untuk miku ataupun mix.

Jika anda berminat, ia sudah boleh di pra-tempah, dan demo juga disertakan melalui eShop yang memberi peluang untuk pemain mencuba terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN