Warner Bros minggu ini telah mengumumkan beberapa perubahan tarikh tayangan untuk filem-filem akan datang mereka.
Antaranya adalah The Batman yang dibintangi oleh Robert Pattinson, sebelum ini diumumkan akan tiba pada bulan Jun 2021, tetapi kini ia akan tiba pada awal Oktober tahun depan.
Penggambaran filem tersebut di London buat masa ini juga dilaporkan terhenti buat sementara waktu, buat masa ini hanya suku daripada filem tersebut sudah siap dirakam.
Berikut adalah filem-filem lain yang menerima tarikh tayang baharu;
Berikut adalah tarikh-tarikh lain untuk filem berdasarkan watak DC yang dikongsi oleh GSC, buat masa ini selain yang di atas, tiada perubahan daripada pengumuman sebelum ini.
Oleh kerana keadaan yang masih tidak menentu kerana pandemik Covid-19, tarikh-tarikh tersebut mungkin akan berubah lagi. Kami akan kemaskini dengan informasi terbaru.