Nintendo hari ini berkongsi maklumat lanjut mengenai kemaskini utama yang akan tiba untuk permainan Super Mario Maker 2, menurut Nintendo ia adalah kemaskini utama terakhir akan tiba untuk permainan tersebut. Berkemungkinan selepas ini, ia hanya akan menerima penambahan kecil-kecilan sahaja.
Perkara utama yang disertakan di dalam kemaskini ini adalah mod baharu iaitu “World Maker”, ia membolehkan pemain mencipta World sendiri. Pemain boleh menyertakan 8 World yang di dalamnya menyertakan 40 litar (5 litar setiap world).
Berdasarkan yang diperkatakan di dalam video, anda hanya boleh menyertakan litar yang dicipta oleh anda sendiri. Anda boleh mengubah-suai dunia anda dengan pelbagai rekaan, dengan kata lain anda boleh mencipta satu permainan Super Mario tersendiri dan bukan sekadar litar.
Selain itu, ia juga menyertakan pelbagai “power-up” baharu seperti SMB2 Mushroom, Frog Suit, Power Balloon, Super Acorn, Boomerang Flower, dan pelbagai kostum yang boleh dipakai memberikan kebolehan tersendiri iaitu Cannon Box, Propeller Box, Red Pow Box, Goomba Mask, dan Bullet Bill Mask.
Penambahan ini juga akan menyertakan watak Koopalings iaitu Larry, Roy, Lemmy, Wendy O, Iggy, Morton dan Ludwig.Setiap-nya mempunyai gaya serangan tersendiri untuk menjadi pertempuran melawan bos.
Manakala barangan baharu yang boleh digunakan untuk menghasilkan litar adalah On/Off Trampoline, Mechakoopa.
Kemaskini ini akan tiba pada 22 April ini. Super Mario Maker 2 telah dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch.