Jika sebelum ini, Shonen Jump Mingguan telah menunda seminggu bagi pengeluaran majalah tersebut, kini Toei Animation mengumumkan yang siaran untuk siri anime One Piece dan Digimon Adventure iaitu siri versi olahan semula, akan dihentikan buat sementara waktu, tetapi tiada tarikh ia akan kembali yang disertakan.
Perkara tersebut adalah selepas Jepun mula isytihar darurat di beberapa kawasan akibat pandemik Covid-19, ia diumumkan melalui akaun Twitter rasmi mereka, di mana anda boleh melihatnya di bawah.
Bagi yang mengikuti siri anime, mungkin ia adalah berita yang mengecewakan akan tetapi kami merasakan ia adalah langkah yang baik tanpa perlu mengambil risiko yang tidak berbaloi.