Tahun lepas, Focus Home Interactive dan Saber Interactive mengumumkan yang mana permainan SnowRunner akan dilancarkan bulan ini di mana ianya adalah permainan simulasi trak.

Terkini, dengan pelancarannya yang semakin hampir, Focus Home Interactive melancarkan satu video acah baharu yang mana ia mempunyai gaya seakan video acah Death Stranding oleh Hideo Kojima.

Semestinya video acah di atas merupakan satu penghormatan ataupun parodi daripada permainan Death Stranding sahaja. Meskipun begitu, gaya dan penyampaian muzik dan teks-teks di dalam video acah tersebut semestinya memperlihatkan gaya seakan video acah oleh Hideo Kojima sendiri.

Tambahan itu dengan bentuk permainan dunia terbuka penghantaran barangan dengan menggunakan kenderaan trak, semestinya permainan ini mempunyai elemen yang sama dengan permainan Death Stranding.

Bagi anda yang berminat dengan permainan SnowRunner, ianya akan dilancarkan pada 28 April 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini