Tahun lepas, Studio MDHR melancarkan permainan Cuphead di konsol Switch yang mana asalnya permainan tersebut adalah eksklusif di konsol Xbox One dan PC.

Bersempena dengan ulang tahun ini, Studio MDHR mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan jualan khas buat permainan tersebut di mana ianya ditawarkan dengan diskaun sebanyak 25% di Nintendo eShop.

Cuphead merupakan permainan indie yang dibangunkan oleh StudioMDHR yang mempunyai bentuk permainan platformer dengan visual kartun klasik tahun 1930an. Ia juga mempunyai bentuk permainan secara koperasi multi-pemain.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkannya di Switch, ianya boleh didapatkan dengan harga serendah $14.99(~RM66) sehingga 25 April 2020 ini melalui Nintendo eShop. Di mana harga asalnya adalah $19.99(~RM88). Bagi versi Xbox One dan PC anda boleh dapatkan di Steam dan Microsoft Store.

Sohor Kini