Akibat pandemik Covid-19 yang melihatkan pelbagai negara telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan, PUBG Corp mengumumkan pembatalan kejohanan utama mereka iaitu PUBG Global Series (PGS) untuk tahun ini.

Bersempena dengan pembatalan itu, PUBG Corp akan memberi pampasan wang ringgit kepada pasukan yang sepatutnya layak untuk PGS Berlin. Pampasan adalah seperti berikut;

  • 21 pasukan yang sudah layak untuk PGS Berlin akan menerima $20 ribu (~RM87 ribu) setiap satu pasukan.
  • Pasukan dari China yang sedang melalui kejohanan PUBG Champion League untuk kelayakan ke PGS Berlin, 5 pasukan terbaik akan mendapat RM87 ribu.
  • Pasukan dari Amerika Syarikat, di mana pusingan kelayakan dibatalkan, 16 pasukan akan berkongsi $120 ribu(~RM525 ribu).

Dengan pembatalan PGS, PUBG Corp sebaliknya menggantikan dengan kejohanan baharu iaitu PUBG Continental Series (PCS) yang akan dianjur sepenuhnya secara dalam talian.

Kejohanan tersebut akan berlangsung pada bulan Mei, Jun dan Ogos di 4 benuar untuk merebut jumlah hadiah terkumpul sebanyak $2.4 juta(~RM10.51 juta). 4 benua adalah seperti berikut;

  • Asia – Korea, Jepun, China dan Taiwan
  • Asia Pasifik – Asia Tengara dan Oceania
  • Eropah
  • Amerika Utara

Anda boleh mengikut laman sosial PUBG untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kejohanan-kejohanan tersebut termasuk juga tarikh.

Sohor Kini