Nomada Studio hari ini mengumumkan permainan platformer mereka iaitu Gris telah terjual sebanyak 1 juta unit selepas dikeluarkan pada akhir tahun 2018.
Perkara tersebut diumumkan melalui akaun Twitter rasmi permainan tersebut. Mereka juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pasukan pembangun, ahli keluarga, pemain dan juga Devolver Digital selaku penerbit.
Laporan kami yang terakhir mengenai jualan untuk permainan ini adalah pada Mac tahun lepas, di mana ia telah terjual sebanyak 300 ribu unit. Dengan kata lain, penambahan 700 ribu unit selepas setahun.
Mereka juga sebelum ini mengumumkan yang selepas seminggu dikeluarkan, mereka sudah mendapat kesemua kos pembangunan untuk permainan ini, dan setiap penjualan selepasnya, merupakan satu keuntungan bagi mereka.
Gris sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch, PC dan peranti iOS serta Android.