Seperti yang dijanjikan oleh Arc System Works sebelum ini, hari ini mereka akhirnya memperlihatkan video acah seterusnya buat permainan perlawanan Granblue Fantasy: Versus yang memfokuskan watak DLC seterusnya iaitu Zooey.

Menurut pembangun, watak tersebut akan tiba pada 28 April 2020 ini di kedua-dua platform permainan tersebut.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Zooey merupakan watak dengan senjata pedang dan perisai khas di mana beliau juga ditemani oleh dua ekor naga iaitu Dyrn dan Lyrn. Dengan kemahiran pertempuran pedang dan kuasa magis, Zooey semestinya salah satu watak yang sangat berkuasa di dalam permainan ini.

Bagi anda yang berminat, kesemua watak DLC yang diumumkan ini boleh dibeli secara berasingan ataupun secara bersama melalui pas watak “Character Pass 1” di mana selain penyertaan watak, ianya juga akan menyertakan pelbagai kandungan lain seperti avatar lobi, ikon pemain dan sebagainya.

Bersempena dengan itu, Arc System Works dan CyGames juga mengumumkan watak musim kedua akan turut dilancarkan bermula suku keempat tahun ini bermula dengan watak Belial.

Granblue Fantasy: Versus telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia pada Februari lepas di konsol PlayStation 4 dan versi PC telah pun dilancarkan di Steam.

Sohor Kini