Resident Evil 2 yang dilancarkan pada tahun 1998 di konsol PlayStation 1 semestinya merupakan salah satu permainan video yang saya sendiri membesar dan terdapat pelbagai kenangan.

Antara kesukaan saya berkenaan permainan tersebut bukan sahaja dari segi bentuk permainannya yang seram, malah penyertaan suara latar untuk membentukkan lagi penceritaan di mana boleh dikatakan tidak banyak permainan ketika era itu mempunyai suara latar.

Terkini, Paul Haddad, iaitu pelakon suara latar untuk watak Leon Scott Kennedy di dalam Resident Evil 2 yang dilancarkan 22 tahun lepas, disahkan meninggal dunia pada umur 56 tahun.

Namun, menurut laporan ianya tidak menyatakan sebab kematian dan kenyataan tersebut hanyalah diumumkan melalui studio pembangun permainan Invader Studios, iaitu pembangun permainan Daymare: 1998 yang mana Paul Haddad juga terlibat sebagai salah seorang pelakon suara latar buat permainan tersebut.

Dengan ini, kami dari Aksiz juga ingin mengucapkan takziah buat keluarga dan kenalan beliau.

Sohor Kini