Kemaskini: Pra-muatan permainan ini sudah boleh dilakukan melalui Nintendo eShop secara percuma.

Artikel asal: Bulan lepas, GungHo Online Entertainment mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Ninjala secara percuma pada 27 Mei 2020 ini di konsol Switch.

Terkini, dengan pelancarannya yang semakin hampir, mereka mengumumkan yang mana permainan tersebut akan menerima sesi beta terbuka khas pada 29 April ini. Seperti biasa, sesi ini adalah untuk memastikan permainan tersebut berupaya untuk dimainkan secara atas-talian dengan optimum sebelum ianya dilancarkan.

Berikut adalah senarai jadual waktu tempatan sesi beta terbuka buat permainan tersebut yang mana kami percaya ianya boleh di akses di Nintendo eShop secara percuma setelah pada tarikh yang tersenarai di bawah:

  • 29 April 2020 – 3:00 pagi sehingga 3:59 pagi
  • 29 April 2020 – 11:00 pagi sehingga 11:59 pagi
  • 29 April 2020 – 7:00 malam sehingga 7:59 malam

Bersempena dengan itu, Kazuki Morishita iaitu presiden GungHo Online Entertainment dan pengarah permainan Ninjala iaitu MOtoki Kaneda berkongsi beberapa informasi lanjut berkenaan permainan tersebut termasuklah mod-mod permainan yang terdapat di dalam permainan tersebut seperti mod berpasukan, mod pertempuran royale dan sebagainya.

Selain daripada berkongsi kuasa dan kemahiran Ninja yang terdapat di dalam permainan ini, mereka juga mengumumkan yang mana permainan ini akan mempunyai pas musim dan kandungan tambahan lain yang akan mereka kongsikan kelak.

Bagi anda yang baru mengetahui berkenaan permainan ini, Ninjala merupakan permainan multi-pemain yang bakal tiba di konsol Switch secara percuma. Ianya memfokuskan watak Ninja yang mempunyai kuasa dengan menggunakan gula-gula getah seperti yang diperlihatkan di dalam video acah penceritaannya sebelum ini.

Kami akan kongsikan informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini