Skip to main content

Kemaskini: Saksikan video acah rasmi pelancaran permainan tersebut di bawah.

Artikel asal: Minggu lepas kami berkongsi yang mana Streets Of Rage 4 akan menyertakan kandungan retro buat permainan tersebut dengan membenarkan pemain untuk bermain sebagai watak-watak daripada permainan Streets Of Rage sebelum ini dengan visual pixel permainan tersebut.

Terkini, Dotemu akhirnya mengumumkan secara rasmi yang mana Streets Of Rage 4 akan dilancarkan pada 30 April 2020 ini di konsol dan PC. Menariknya juga, mereka umum mod baharu bakal tiba bersama.

Seperti yang sering kami laporkan, Streets Of Rage 4 atau Bare Knuckle buat pasaran Jepun, merupakan permainan pengembaraan pertempuran yang menyokong multi-pemain sebanyak 2 pemain serentak untuk atas-talian dan 4 pemain untuk luar talian.

Permainan ini juga akan menyertakan kembali watak Axel, Blaze dan Adam bersama-sama dengan watak baharu iaitu Floyd Iraia dan Cherry Hunter seperti yang diperkenal sebelum ini.

Selain itu, Dotemu dan Guard Crush Game juga mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali mod perlawanan yang mula diperkenalkan di dalam Streets Of Rage 2 dan Streets Of Rage 3 yang mana pemain boleh bertempur sesama sendiri dengan menggunakan watak-watak di dalam permainan tersebut. Melalui mod ini, pemain juga berupaya untuk bertempur secara berpasukan ataupun secara individu.

Kami di Aksiz sendiri tidak sabar untuk bermain permainan ini dan dengan bakal tibanya penghujung bulan ini, kita akhirnya dapat bermainnya tidak lama lagi. Bagi anda yang berminat, pastikan anda menandakan di kalendar anda berkenaan pelancaran Streets Of Rage 4 menjelang 30 April 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Leave a Reply