Selepas tertiris sebelum ini, Microsoft akhirnya memperlihatkan secara rasmi Xbox One X edisi terhad Cyberpunk 2077. Ia akan tiba pada bulan Jun ini, iaitu beberapa bulan sebelum Cyberpunk 2077 dikeluarkan.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Ia mempunyai rekaan yang berkonsepkan “cyberpunk” dengan alat kawalan berwarna hitam serta kelabu, dan konsol dengan kombinasi warna utama untuk Cyberpunk seperti kuning, hijau, kelabu. Ia juga mempunyai bahagian yang bersinar di dalam gelap.

Berdasarkan kotak yang diperlihatkan di dalam video, ia juga menyertakan permainan Cyberpunk 2077, tetapi oleh kerana ia akan tiba pada September ini, pembeli mungkin akan mendapat versi digital.

Buat masa ini masih tiada maklumat mengenai harga untuknya.

Sohor Kini