Seperti yang diumumkan sebelum ini, Just Cause 4 dan Wheels of Aurelia kini ditawarkan secara percuma melalui Epic Games Store sebagai tawaran minggu mereka. Ia boleh ditebus sehingga 23 April.
Just Cause 4 adalah permainan terbaru buat siri ini, di mana ia dikeluarkan pada tahun 2018 lepas untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia adalah permainan aksi-sandbox, yang anda boleh melakukan pelbagai jenis kemusnahan untuk “menyelesaikan” misi. Anda boleh baca ulasan kami di menggunakan pautan ini; Ulasan Just Cause 4 โ Permainan Simulasi Kemusnahan Yang Lucu Namun Bermasalah.
Wheels of Aurelia pula adalah permainan novel visual yang dibangunkan oleh Santa Ragione dan sudah dikeluarkan untuk semua platform termasuk juga mudah alih sejak tahun 2016.
Pastikan anda menebus kedua-dua permainan ini sebelum 23 April, kerana selepas itu tawaran ini akan digantikan dengan permainan For the King.
[download] Epic Games Store: Just Cause 4[/download] [download]Epic Games Store: Wheels of Aurelia[/download]