Skip to main content

Pada tahun 2018, kami ada melaporkan mengenai satu pasukan esukan yang terdiri daripada warga emas, iaitu dengan purata umur 71 tahun, mereka adalah Silver Snipers iaitu pasukan untuk permainan CS:GO.

Minggu ini, Ubisoft dilaporkan akan bersama dengan Abby Kohn dan Marc Silverstein iaitu penerbit bersama filem “I Fell Pretty” akan menerbitkan satu filem mengenai warga emas menyertai dunia esukan. Penceritaan dikatakan berdasarkan pasukan Silver Snipers.

Ini bukanlah pertama kali Ubisoft terlibat dengan dunia siri TV dan filem, sebelum ini mereka hadir dengan siri Apple TV+ Mythic Quest, iaitu siri TV berdasarkan studio pembangunan permainan video. Anda boleh tengok ulasan kami untuknya di bawah.

Buat masa ini masih tidak disahkan maklumat lanjut mengenai filem ini dan ia masih di peringkat awal perancangan.

Leave a Reply