Behaviour Interactive dan NetEase minggu ini melancarkan permainan mudah alih Dead by Daylight Mobile secara global untuk iOS dan Android selepas dikeluarkan secara terhad sejak tahun lepas.

Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.

Ia adalah permainan seperti versi PC dan konsol, tetapi lebih mesra untuk di kawal menggunakan peranti pintar. Ia juga menyertakan beberapa watak berlesen daripada permainan asal seperti Stranger Things.

Dukacitanya, buat masa ini ia masih tidak disenaraikan di App Store ataupun Play Store untuk pengguna Malaysia, kami akan kemaskini apabila ia tiba kelak.

Sohor Kini