Ultimate Games minggu ini mengumumkan yang permainan Deadliest Catch: The Game iaitu permainan simulasi “memancing” berdasarkan siri berjudul sama oleh Discovery Channel, sudah meninggalkan akses awal di Steam, selepas hadir pada November tahun lepas. Ia dibangunkan oleh Moonlit.

Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang versi konsol untuk permainan tersebut iaitu untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch akan dikeluarkan pada akhir tahun ini, ataupun pada awal tahun hadapan.

Jika anda berminat, ia kini boleh didapati melalui Steam dengan potongan harga 30% iaitu RM22.40 sahaja. Demo juga disertakan jika anda masih tidak pasti dengan permainan ini.

Sohor Kini