Riot Games hari ini mengumumkan mereka kini menjadi pemilik penuh untuk Hypixel Studio iaitu studio pembangunan dari Ireland Utara. Mereka buat masa ini sedang membangunkan permainan Hytale iaitu permainan blok seakan Minecraft tetapi memfokuskan kepada pengembaraan dan permainan mini.
Hypixel Studio bermula sebagai penyelia kepada pelayan Minecraft yang sangat popular iaitu Hypixel Network. Ia merupakan pelayan Minecraft yang menyertakan pelbagai permainan mini dan pengembaraan.
Pada tahun 2018 mereka mengumumkan Hytale iaitu permainan tersendiri tetapi mempunyai rekaan seakan Minecraft. Ia adalah Hypixel Network tetapi sebagai permainan tersendiri. Pada awal pembangunan lagi, Riot Games telah terlibat dan kini mereka memiliki secara penuh projek ini.
Hytale dijangka akan tiba pada 2021.