Informasi Permainan Video Terkini
Acara Gamescom 2020 Dibatalkan Akibat Wabak Koronavirus – Acara Digital Diumumkan

Acara Gamescom 2020 Dibatalkan Akibat Wabak Koronavirus – Acara Digital Diumumkan

Diterbitkan pada Apr 17, 2020 oleh .

Gamescom hari ini mengumukan yang mana mereka akan membatalkan acara Gamescom 2020 yang mana seperti acara-acara lain, atas sebab wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin tular. Sekaligus untuk mengelak risiko wabak tersebut merebak, mereka mengambil keputusan untuk terus batalkan acara tersebut.

Meskipun begitu, menariknya menurut mereka juga di dalam kenyataan yang sama, Gamescom juga berminat untuk mengadakan acara digital yang mana Geoff Keighley juga mengesahkan acara Gamescom: Opening Night Live yang sering dilakukan oleh beliau sebelum ini akan dipertayangkan pada 24 Ogos 2020 ini secara digital.

Bagi anda yang mengikuti acara tersebut, Gamescom merupakan acara tahunan permainan video yang diadakan di Cologne, Jerman setiap tahun sekitar penghujung Ogos. Ketika acara tersebut, ianya sering memperlihatkan pelbagai reruai oleh penerbit permainan dan juga pengumuman-pengumuman menarik.

Semestinya pembatalan ini ada satu tindakan yang bagus sekali bagi pihak Gamescom atas sebab risiko pandemik ini yang semakin teruk. Dengan pengumuman acara digital, semestinya akan terdapat lebih banyak acara yang akan diadakan secara digital termasuklah acara permainan video tempatan kita sendiri iaitu Level UP KL yang diumumkan sebelum ini.

Seperti biasa, kami akan mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaannya setelah Gamescom berkongsikannya kelak.


TIPS & ULASAN