Tampaknya tarikh yang tertiris sebelum ini agak ralat di mana hari ini THQ Nordic akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan pernambah-baikkan SpongeBob SquarePants: Battle For Bikini Bottom Rehydrated akan dilancarkan pada 24 Jun 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan, permainan ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam di mana ianya kini boleh dipra-tempah di Xbox One dan PC.

Menariknya, versi PC melalui Steam, permainan ini hanya dijual dengan harga serendah RM59 sahaja dan pra-tempahan permainan ini ditawarkan bersama 10% diskaun, sekaligus ia hanya RM53.10 sahaja.

SpongeBob Squarepants: Battle For Bikini Bottom Rehydrated merupakan permainan yang diolahkan semula berdasarkan permainan asalnya yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Ianya memfokuskan bentuk pengembaraan yang mana pemain akan bermain sebagai SpongeBob dan akan mengembara bersama-sama rakan beliau seperti Sandy, Patrick dan sebagainya. Menurut THQ Nordic, mereka akan mengolahkan semula dengan visual terkini di samping pernaik-tarafan bentuk permainan.

Menariknya permainan ini juga akan sertakan bentuk multi-pemain yang pemain boleh main bersama-sama rakan dengan menggunakan pelbagai watak-watak daripada siri kartun tersebut sehingga dua pemain serentak secara atas-talian ataupun luar talian.

Juga pada masa yang sama, THQ Nordic juga memperlihatkan video acah baharu buat edisi terhad yang diumumkan sebelum ini di mana anda boleh menontonnya di bawah.

Sohor Kini