Jump Force merupakan permainan perlawanan 3 dimensi oleh Bandai Namco yang menyertakan pelbagai watak dari komik Shonen Jump yang terdiri seperti Dragon Ball, Bleach, One Piece, Naruto dan sebagainya. Permainan ini sebelum ini dilancarkan tahun lepas di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.
Terkini, Bandai Namco mengumumkan yang mana permainan tersebut akan tiba di konsol Switch yang mana ia bakal tiba secara edisi Deluxe yang akan menyertakan lebih dari 50 watak yang dimainkan, termasuklah watak DLC yang dilancarkan sebelum ini.
Menariknya, melalui versi Switch, Jump Force akan menyertakan beberapa bentuk permainan lain seperti sokongan secara alat kawalan JoyCon dan juga bentuk multi-pemain secara luar-talian melalui pertempuran setempat.
Juga bersempena dengan pengumuman ini, Bandai Namco juga mengumumkan musim kedua buat DLC permainan tersebut yang mana ianya akan dilancarkan sekitar suku kedua tahun ini bermula dengan watak Shoto Todoroki dari My Hero Academia. DLC tersebut kemudiannya akan diikuti dengan watak dari siri Hunter X Hunter, YuYu Hakusho, Bleach dan JoJo’s Bizzare Adventure.
Bandai Namco juga mengesahkan yang mana watak DLC kedua permainan ini turut akan dilancarkan di versi Switch di mana video acah watak tersebut boleh ditonton di bawah.
Jump Force telah pun dilancarkan bagi versi konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Bagi versi Swtich yang diumumkan, Bandai Namco hanya menyatakan ia bakal tiba sekitar tahun ini. Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami, anda boleh ke pautan di bawah.