Kemaskini: Crytek akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan pernambah-Baikkan Crysis Remastered yang mana ia bakal tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.
Menurut kenyataan Crytek, permainan ini dibangunkan bersama Saber Interactive dan akan tiba sekitar suku ketiga tahun ini.
Dari segi pernaik-tarafan, Crytek mengesahkan permainan ini akan menyertakan visual yang dipernambah-baikkan dengan tekstur yang beresolusi tinggi bersama pelbagai lagi pernaik-tarafan lain. D
ari segi kandungan permainan pula, Crytek juga mengesahkan permainan ini akan memfoksukan kandungan penceritaan permainan sahaja dan bagi anda yang ingin melihat video acah pertama permainan tersebut anda boleh menontonnya di bawah.
Artikel Asal: Baru-baru ini akaun Twitter rasmi Crysis telah mengeluarkan beberapa Tweet di akaun tersebut setelah lebih dari 4 tahun tidak berkongsi sebarang kenyataan, sekaligus membuat ramai tertanya adakah siri tersebut akan kembali.
Terkini, tampaknya persoalan tersebut akhir dijawab yang mana laman rasmi permainan Crysis secara tidak sengaja tertiris yang memaparkan permainan Crysis Remastered akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, PC dan paling mengejutkan sekali dan buat pertama kalinya di konsol Nintendo, iaitu Switch.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Crysis, ianya adalah permainan penembak pandang pertama oleh Crytek yang mana ianya mula dilancarkan pada 2007 lepas dan menjadi sangat terkenal atas sebab visual permainan tersebut yang menawan dengan penggunaan CryEngine dan sering menjadi bahan jenaka atas keperluan spesifikasinya yang tinggi.
Permainan Crysis terakhir adalah Crysis 3 yang dilancarkan pada 2013 lepas di konsol PlayStation 3, Xbox 360 dan PC.
Buat masa ini tidak banyak informasi yang dikongsikan dan hanya imej di atas sahaja yang disertakan di laman rasmi permainan tersebut. Selain itu, laman tersebut kelihatan hanya menyatakan informasi lanjut akan diumumkan kemudian termasuklah tarikh pelancarannya. Seperti biasa kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.