505 Games dan Typhoon Studios hari ini akhirnya melancarkan penambahan baharu buat permainan Journey To The Savage Planet iaitu Hot Garbage secara rasmi di konsol Xbox One dan juga di PC melalui Epic Games Store.
Melalui penambahan ini, ianya akan menyertakan beberapa kandungan baharu, kelengkapan dan semestinya planet baharu untuk pemain terokai.
Melalui penambahan ini, pemain akan diberi peluang untuk menerokai planet baharuiaitu DL-C1 yang mana pemain berupaya untuk temui pelbagai jenis kelengkapan baharu di samping keupayaan untuk menerokai di dalam laut.
Selain itu, DLC ini juga akan memperkenalkan watak Kronus, di mana ia akan menemani pemain ketika mengembara dan melihat flora dan fauna platnet tersebut.
Buat masa ini, DLC ini juga diumumkan bakal tiba di konsol PlayStation 4, namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.
Journey To The Savage Planet telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada awal tahun ini.