Picross S4 Diumumkan Bakal Tiba Di Switch Minggu Hadapan

Tahun lepas, Jupiter baru sahaja melancarkan permainan Picross S3 di konsol Switch. Terkini tampaknya untuk tahun 2020 ini, Jupiter akan melancarkan satu lagi permainan buat siri tersebut iaitu Picross S4 menjelang minggu hadapan.

Seperti yang sering kami laporkan, Picross adalah permainan tekaria yang memerlukan pemain untuk meneka bilangan blok berdasarkan petunjuk nombor-nombor yang diperlihatkan melalui luar kotak tekaria tersebut.

Picross S4 akan menyertakan empat mod utama permainan Picross yang mana ianya menyertakan mod biasa, mod mega, mod berwarna dan mod klip yang akan menyertakan bentuk penceritaan setelah ia diselesaikan.

Selain itu bagi kandungan baharu pula, Picross S4 akan meneyrtakan sejumlah 485 tekaria baharu dan menariknya dalam bentuk multi-pemain juga permainan ini akan menyertakan fungsi untuk menandakan kotak yang telah pun ditandakan.

Bagi anda yang berminat, Picross S4 akan dilancarkan pada 24 April 2020 ini khas di konsol Nintendo Switch melalui Nintendo eShop dengan harga $9.99(~RM44).

Sohor Kini