Skip to main content

Gameloft adalah syarikat yang terkenal dengan pelbagai permainan video dan juga permua. Baru-baru ini mereka telah menyambut ulang tahun ke-20 mereka. Sempena ulang tahun ini, mereka telah hadir dengan Gameloft Classics: 20 Years – iaitu 1 aplikasi yang memuatkan 30 permua klasik. Lebih menarik, aplikasi ini adalah percuma untuk dimuat turun. Berikut adalah senarai permua-permua yang disertakan dalam aplikasi ini;

  • Abracadaball
  • Alien Quarantine
  • Avalanche Snowboarding
  • Block Breaker Deluxe 2
  • Block Breaker 3 Unlimited
  • Brain Challenge 3: Think Again!
  • Bubble Bash 2
  • Cannon Rats
  • Date or Ditch 2
  • Diamond Rush
  • Detective Ridley and the Mysterious Enigma
  • Fashion Icon
  • Gangstar 2: Kings of L.A.
  • Hero of Sparta
  • High School Hook Ups
  • KO Legends
  • Miami Nights 2: The city is yours!
  • Midnight Bowling 3
  • Midnight Pool
  • Modern Combat 2: Black Pegasus
  • Motocross: Trial Extreme
  • My Life in New York
  • N.O.V.A. Near Orbit Vanguard Alliance
  • Platinum Solitaire 3
  • Soul of Darkness
  • Texas Hold’em Poker
  • Vampire Romance
  • Wild West Guns
  • Zombiewood
  • Zombie Infection

Disebabkan kebanyakan dari permua ini adalah dari zaman telefon clamshell resolusi aplikasi ini adalah kecil dan paparan pada telefon pintar anda akan kecil. Ruangan di bawah paparan permua ini akan digantikan dengan alat kawalan digital untuk mengawal permua-permua ini. Walaupun permua ini adalah percuma untuk dimuat turun, Gameloft masih menawarkan beberapa belian dalam aplikasi untuk beberapa kandungan terpilih. Harga jualan adalah dari RM3.90RM16.90 sahaja.

Bagi yang berminat ingin cuba, boleh terus ke Play Store untuk muat turun.

[download] Muat Turun Gameloft Classics: 20 Years Di Play Store [/download]

Leave a Reply